#HHKongsi: Promosi ‘Ayah Hero Hatiku’ istimewa sempena menyambut Hari Bapa!


Assalamualaikum #FamilySK!

HH nak kongsikan berita baik untuk anda! Sempena sambutan Hari Bapa pada 16 Jun 2019, iaitu hari ahad ini, Team SK akan adakan promosi istimewa ‘Ayah Hero Hatiku’ untuk para pelanggan setia SK!

Bagi anda yang ingin menghadiahkan sesuatu kepada bapa anda sempena Hari Bapa ini, SK adalah jawapannya! 🙂

Dapatkan pelbagai produk premium SK bagi Muslimah dan Muslim yang sememangnya patuh syariah dengan diskaun sebanyak 5% di butik-butik SK seluruh Malaysia.

Bagaimana cara nak dapatkan diskaun tu? Senang saja! 🙂

Anda hanya perlu bawa bersama bapa anda ke butik SK dan ambil produk SK yang ingin di beli, dan……….Walahhh!! Anda akan dapat diskaun 5% dari Team SK!

*PERINGATAN*

Promosi ‘Ayah Hero Hatiku’ ini hanya berlangsung selama 1 HARI sahaja tau! Jadi jangan lupa untuk serbu ke butik SK berhampiran anda pada 16 Jun 2019, hari Ahad ini tau! Hadiahkan yang tersayang hanya dengan produk SK yang berkualiti serta patuh syariah. 🙂

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: FamilySK, dah puasa 6 ke tu?

Assalamualaikum Family SK!

Bagaimana dengan sambutan Syawal anda? Okay ke tu? Pastinya selepas sebulan berpuasa, anda akan ‘lepas geram’ dengan makan sepuas-puasnya juadah raya yang disediakan? Betul tak? Haaaaaa bila dah makan banyak sangat tu, ini lah masanya untuk anda berpuasa sunat di bulan Syawal ini.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan oleh Islam. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah pernah bersabda, Allah berfirman (dalam hadis Qudsi):

“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Daku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”

Bukan setakat ingin mengawal pengambilan makanan seharian kita, puasa sunat 6 hari di bulan Syawal juga dapat menambah pahala dan meningkatkan amalan berterusan selepas bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.”  (Riwayat Imam Bukhari)

Apa fadilat puasa 6 ni ye?

Ibadah puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya.

“Sesiapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” (Riwayat Muslim)

“Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Puasa selepas Aidilfitri juga dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadan.

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda:

“Puasa sebulan di bulan Ramadan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:

  1. Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
  2. Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.
  3. Allah sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadan walaupun hanya enam hari.
  4. Penyempurnaan daripada kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
  5. Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
  6. Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya.
  7. Segera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira, adalah bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.
  8. Berpuasa selepas Ramadhan bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya, yakni orang yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali lagi.

Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

Jadi, bila nak mula puasa sunat 6 di bulan Syawal ni? Jom #FamilySK . Semoga bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah… 🙂

Kredit kepada: Syafiqolbu

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Perlukah kita sertu jika kasut terkena air yang terdapat najis anjing?-KTUJ 55


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Ni ada soalan daripada Kaka, Dia kata Assalamualaikum Imam, nak tanya jika kita melalui jalan yang basah dan terdapat najis yang pasti sama ada anjing atau kucing, dan kita terpijak air tersebut, perlu ke kita sertu kasut tersebut?       

Imam Muda Asyraf– Okay macam ni, najis ni dia ada najis yang kita nampak secara jelas. Ada juga najis yang kita tak nampak.maksudnya kita pun tak tau ada ke takda. Jadi dalam persoalan ini, kalau kita yakin benda itu memang najis, nampak clear dan benda itu diyakini maka tak boleh lah. Kita kena bersihkanlah. Seperti mana kalau dia nampak najis anjing, maka dia kena buat sepertimana basuhan dalam mazhab syafie. Tapi kalau dia hanya memberi andaian, hati tak sedap,jadi kita anggap dengan air hujan telah membersihkan laluan itu dan sebagainya, maka jangan anggap benda itu ada najis. Yakin kita ini tidaklah dihapuskan dengan perasaan syak wasangka kita, insyaAllah. Jangan terlalu was-was sangat. Was-was ni sebenarnya syaiton, dia suka tengok kita ulang-ulang, yakin tak yakin…                                                                                  

Pagi di Sinar– Terima kasih Imam.

Imam Muda Asyraf– Sama-sama


Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Eshal Square Hijab , Tudung bawal eksklusif pertama keluaran Siti Khadijah!

Assalamualaikum #FamilySK ! 🙂

Pejam celik pejam celik hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Bagaimana dengan persiapan raya anda? Pastinya lebaran tahun membawa kemeriahan di samping keluarga tercinta.

Baiklah, untuk entri kali ini, HH nak kongsikan tentang produk terbaru yang dikeluarkan oleh Team SK. Produk apa korang agak? 🙂

Memperkenalkan kepada anda……….

Eshal Square Hijab!

Eshal Square Hijab merupakan rangkaian tudung square pertama keluaran SK yang bertatahkan “custom made” butiran Swarovski yang menzahirkan nilai eksklusiviti dan gaya elegan kepada pemakai. Ianya diperbuat daripada material berkualiti tinggi, spun poly full twisted voile.

Istimewanya Eshal Square Hijab, ianya didatangkan dengan 20 pilihan warna yang pastinya membuat anda rambang mata! Antara warna Tudung Eshal yang pastinya memikat hati anda adalah Simply Taupe, Serenity Blue, Rose Dust, Deep Taupe, Beige, Almond, Light Brown, Soft Pink, Peach, Brandied Apricot, Steel Blue, Dark Blue, Blue Surf, Misty Blue, Gull Grey, Port Royal, Sweet Lavender, Black.

Rekaan terbaru koleksi terbaru ini sangat ringan dan selesa, serta boleh digayakan ke mana-mana majlis formal dan kasual.

Eshal Square Hijab ini diserikan lagi dengan batu Swarovski yang direka khas oleh pereka Siti Khadijah dan memberi keselesaan kepada pengguna yang memakainya. Bagi ukuran bidang bagi Eshal Square Hijab pula ialah 41/42 inci.

Eshal Square Hijab boleh didapati di butik SK yang terpilih di sekitar Lembah Klang dengan harga RM 129.00

*p/s: Pssssstttttttt….Dengar cerita Tudung Eshal ini sangat terhad tau. Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan segera Eshal Square Hijab kegemaran anda untuk lebaran tahun ini! 🙂

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Apakah hukum berpaut pada dinding ketika solat? (dalam keadaan darurat) –KTUJ Episod 54


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar- Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf- Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar- Selamat pagi Imam. Ini ada soalan daripada Encik Shahrul Izwan Bin Adnan. Ini yang berlaku itu hari. Kan ada satu video yang menunjukkan Imam tengah solat, jadi bila berlakunya gempa bumi itu, Imam tu pegang dinding itu. Bagaimana tu Imam? Adakah sah solat nya dan ma’mum yang berjemaah bersama itu?

Imam Muda Asyraf- Okay baik, kita berdiri. Rukun untuk solat ini antaranya berdiri betul. Dia tidak boleh berdiri sambil shuffle. Dia kena berdiri betul. Cumanya dalam kes ini kan bergegar. Macam kita naik kereta api, kereta api bergoyang. Macam mana keadaannya? Kalau ia berdiri, boleh membuatnya terjatuh, dia dibenarkan untuk menahan, berpaut di satu tempat yang tidak menjadikannya jatuh. Kalau lah dia berdiri juga, contohnya. Sampai satu tahap, dia pegang pun boleh jatuh, dikehendaki untuk duduk, maka dibenarkan untuk dia duduk. Sebab ini dalam keadaan darurat. Kalau la gempa bumi berlaku, sekalipun, atas bumbung ni semua batu-batu, dengan siling2, dibenarkan untuk dia menghentikan solat kerana waktu solat itu luas sedikit. Bukan lah waktu solat itu sampai dia tengah kena sembahyang tu dah habis terus. Waktu solat itu luas. Jadi dia boleh lari dan solat di luar. Sambung solat dia s elepas itu. Kalau lah kata mudharat, dijaga dengan ramainya orang dalam masjid, maka imam boleh berhentikan solat. Bolah ajak keluar dari tempt yang membahayakan. Ini darurat. Dan boleh ulang semula sembahyangnya. Takdak masalah.

Pagi di Sinar- Terima kasih Imam.

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Program Turun Padang Santuni Kakitangan Asnaf Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd dengan kerjasama PPZ-MAIWP

Alhamdulillah, pada hari Sabtu lepas, Program Turun Padang Santuni Kakitangan Asnaf Siti Khadijah Holding Sdn Bhd Bersama PPZ-MAIWP, telah berlangsung di Surau Siti Khadijah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tn. Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, di atas keprihatinan beliau dan pihak PPZ MAIWP bagi merealisasikan program seumpama ini.

Dengan izinNya, pada bulan yang mulia ini, pihak SK dan PPZ MaiWP bersama-sama berpeluang untuk meraikan dan melaksanakan penyerahan sumbangan barangan keperluan kepada para kakikatangan SK yang layak menerima sumbangan.

Program yang berlangsung ini merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan Kempen Dirikan Solat & Tunaikan Zakat Tahun 2019, yang mana ianya merupakan tahun ke-2 kerjasama antara pihak PPZ MAIWP bersama pihak Siti Khadijah Holding Sdn Bhd.

Tuan Haji Aminuddin bin Nasir, berucap di Program Turun Padang Santuni kakitangan Asnaf Siti Khadijah~

“Syukur ke hadrat Ilahi, hasil kerjasama yang utuh serta usaha yang berterusan antara kedua-dua pihak, pelbagai objektif bermanfaat yang telah dicapai. Antaranya menyantuni asnaf di wilayah melalui kempen khas Ramadan, selain meningkatkan kebolehpercayaan umum terhadap institusi zakat. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berbahagia, Tn. Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, pihak PPZ-MAIWP khususnya, serta pihak Siti Khadijah sendiri, yang bertungkus lumus merancang dan melaksanakan program pada hari ini”. – Tuan Haji Aminuddin Bin Nasir, Pengerusi Eksekutif Siti Khadijah

Diharapnya, segala kerjasama dan usaha murni yang dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ini, diberkati oleh Allah s.w.t, dan akan memberi impak besar terhadap perkembangan ekonomi umat Islam dan ekonomi negara khususnya, insyaAllah~ 🙂


SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Mega Raya Eid 2019 di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Buat pertama kalinya, satu festival raya, Mega Raya Eid 2019 akan diadakan di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Banyak jenama popular dan ramai selebriti terkenal yang akan berniaga dan memeriahkan Mega Raya Eid 2019 pada 25 dan 26 Mei 2019 ini.

Antaranya termasuklah Siti Khadijah, Bokkita Hijab, Alha Alfa, Dexandra, GOTMEK, Elrah, DYXY, AlHidayah Exclusive dan Rafflesia Hijab serta diserikan dengan penampilan istimewa artis seperti Shiha, Khai dan Rosma, Mawi & Ekin, Saida & Saerah, Aiman Rahman, Hafreez Adam, Zara Zya dan ramai lagi artis tanah air.

Eh Eh Bazaar yang sinonim dengan penganjuran bazaar-bazaar hujung minggu untuk usahan online sejak 2013, ditemui di majlis Ramadan Review dan Sidang Media Pelancarann Mega Raya Eid di PICC, pada 9 April 2019.

Penganjuran Mega Raya Eid pada tahun 2019 ini iaitu akan menjadi pusat jualan raya terbesar bagi seisi keluarga- ayah, ibu dan anak-anak selain menggalakkan aktiviti keusahawanan dengan lebih 200 usahawan berniaga di bawah satu bumbung.

“Dengan lebih 200 orang usahawan yang akan menawarkan bukan sahaja  produk Hari Raya untuk para ibu namun, terdapat juga banyak jenama yang dipanggil untuk memberi fokus kepada pada ayah dan anak-anak atau famili.’’– Ketua Pegawai Eksekutif Eh Eh Bazaar, Iffah Zaim-

Tambah Iffah, dengan kemudahan bertaraf antarabangsa dan harga jualan serendah RM1,300, ianya akan menjadi wadah yang sangat sesuai untuk para usahawan meningkatkan keuntungan jualan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang kelak.


“Ini adalah pelaburan terbaik bagi meletak perniagaan online anda ke tahap jauh lebih baik,” katanya. Pihak kami juga menyediakan lokasi berniaga yang strategik dengan penghawa dingin, kemudahan meletak kenderaan percuma tanpa perlu bersesak selain booth yang lengkap dengan meja dan kerusi. Bukan itu sahaja, harga booth yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding lokasi lain yang gah dan bertaraf dunia.”

Malah para pengunjung juga boleh membeli-belah tanpa meninggalkan amalan solat sunat terawih kerana PICC juga menyediakan surau lengkap dengan solat terawih pada setiap malam di samping buffet Ramadan.

Para pengunjung yang terawal juga akan diberikan beg goodies tajaan Yakult, Siti Khadijah, Bokitta Hijab dan GOTMEK. Selain itu, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang acara berlangsung yang menawarkan banyak hadiah yang menarik.  Terdapat juga beberapa pertandingan pra Mega Raya Eid yang sedang berlangsung di laman sosial Facebook Eh EH Bazaar yang menawarkan duit raya sebanyak RM 1000 sebagai hadiah utama!

Untuk info lebih lanjut tentang promosi Mega Raya Eid 2019 ini, layari media sosial SK di Facebook & Instagram .

Jom ramai-ramai kita meriahkan Mega Raya Eid 2019 di PICC ! 🙂

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Bolehkah pasang Surah Baqarah menggunakan MP3 tanpa membacanya sendiri ketika pindah ke rumah baru? – KTUJ Episod 53


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Okay Imam ada soalan daripada Nur Izlan Habil Jantan. Soalannya, surah Al-Baqarah merupakan satu surah yang panjang. Bolehkah kita menggunakan MP3 tanpa kita membacanya sendiri?       

Imam Muda Asyraf– Okay baik, dalam hadis   disebut umum. Rumah yang mana, kita masuk rumah baru, maka kita disuruh baca surah Baqarah. Maksudnya rumah yang dibacakan Al-Baqarah, maka syaitan tidak akan mengganggu rumah tersebut. Ini hadis sahih. Jadi kita masuk rumah baru, contoh kita pun nak baca surah yang pendek boleh lagi. Tapi Al Baqarah surah yang panjang. Jadi ulama’ kata ianya umum, tidak menyebut kita baca, orang lain baca ke, baca dengan satu malam sekali ke, ataupun 10 malam baca sikit2 ke, ianya umum. Jadi termasuk juga kalau pasang MP3, maka ulama’ kata dibenarkan, berdasarkan tidak ada satu ketetapan apa maksud baca itu.Sebab ada sebahagian orang,  biasanya dia buat contohnya panggil pelajar tahfiz 10 orang pun boleh. Ada orang dia sorang baca tapi dalam masa 10 hari sampai habis surah pun boleh. Surah Al-Baqarah antara surah yang panjang dalam Al-Quran yang mempunyai 286 ayat.

Pagi di Sinar– Terima kasih Imam.

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Nuzul Quran Peristiwa Penting Dalam Sirah Islam

Salam 17 Ramadan #FamilySK ! 🙂

Pada entri kali ini, HH ingin berkongsi tentang sebuah peristiwa yang amat penting dalam sirah Islam iaitu peristiwa Nuzul Quran, atau cerita bermulanya penurunan al-Quran ke atas Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril.

Ketika berlakunya peristiwa bersejarah itu, Rasulullah berada di Gua Hira’. Sejak itu, Al-Quran telah diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun (13 tahun di Mekah & 10 tahun di Madinah )sebelum lengkap sepenuhnya pada 10 Hijrah.

Al-Quran Al-Karim mempunyai 114 surah dan 6,666 ayat. Namun begitu, jumlah bilangan ayat Quran ini mempunyai pelbagai pendapat berbeza dari ahli Alim dan Ulama’.

Susunan surah Al-Quran dimulai dengan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas. Manakala surah terpanjang pula adalah Surah Al-Baqarah yang mengandungi 287 ayat dan surah terpendek adalah Surah Al-Kauthar yang mempunyai 3 ayat.

Kan tadi HH cakap Al-Quran telah diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad SAW secara berperingkat, kan? Anda nak tahu bagaimana? Okay jom HH kongsikan.

Pertamanya, Al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian, dari Baitul Izzah, Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Jibril selama 23 tahun dan kemudian disampaikan kepada semua sahabat dan umat baginda.

Sesungguhnya terlalu ba­nyak keistimewaan dan kelebihan yang terdapat dalam kitab suci Allah ini. Ia adalah petunjuk bagi semua umat manusia daripada segala kesesatan. Al-Quran juga menjadi penyuluh daripada sebarang kegelapan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9)

Allah menjelaskan tentang keaslian Al-Quran tetap terpelihara dan kekal selamanya walaupun telah diturunkan untuk di sampaikan kepada semua hambanya sejak lebih 1,400 tahun yang lalu. Sesungguhnya Al-Quran adalah kalamullah yang tidak ada tolok bandingnya.

Kita semua pasti maklum apabila datang saja bulan Ramadan, umat Islam juga dituntut untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran selain berpuasa selama sebulan di siang hari.

Allah juga berfirman yang bermaksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Al-Baqarah: 185)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan yang mana untuk membudayakan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

Tapi sayang seribu kali sayang. Budaya membaca Al-Quran itu tidak berterusan selepas Ramadan me­labuhkan tirainya. Ianya tidak dipraktikkan secara istiqamah dan hanya dibuka setahun sekali iaitu apabila tibanya Ramadan.

Mungkin kita tidak sedar bahawa Al-Quran dapat ‘menolong’ kita selepas kita meninggal dunia. Pada ketika itu, hanya amal ibadat yang dilakukan sepanjang hidup kita di dunia ini termasuk amalan membaca Al-Quran yang akan membantu kita .

Sebaiknya, jom kita jadikan contoh corak kehidup­an Rasulullah dan para sahabat. Asas kehidupan baginda dan para sahabat adalah kitab suci Al-Quran. Kalamullah itu bukan setakat dibaca, malah segala pengajaran dan pe­rintah yang terdapat di dalamnya dilaksanakan dengan penuh taat oleh mereka.

Dalam khutbah terakhir Rasulullah, baginda sempat berpesan:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti ke­dua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.”

Renung-renungkan ya. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah. Ameen! 🙂

Kredit kepada: Utusan

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Al-Quran peneman setia Ramadan Al- Mubarak…

Assalamualaikum #FamilySK!

Alhamdulillah dengan izin dah rahmat Allah kita masih dapat meneruskan ibadah berpuasa di bulan Allah yang penuh Mulia, iaitu bulan Ramadan

Pada entri kali ini, HH suka nak kongsi dengan anda tentang bagaimana kita boleh menjadikan al-Quran sebagai teman dengan sentiasa membacanya di bulan Ramadan, serta menghayati isi terkandung dalam kitab suci yang juga mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Allah SWT menghadirkan kisah Ramadan selepas mengisahkan mengenai perjuangan Nabi Muhammad SAW menghadapi kerenah cucu-cicit Bani Israel daripada zaman Nabi Musa.

Al-Quran yang diturunkan ketika Ramadan mengajak kita membaca, memahami serta menghayati ajaran serta perintah di dalamnya supaya kita mengetahui seterusnya mencari tuhan yang menurunkan al-Quran.

Hikmah diturunkan al-Quran juga perlu dikaji melalui pembacaan kerana semua sudah diceritakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingin mengetahui dan mendapat manfaat daripada ilmu daripada al-Quran.

Jom jadikan Al-Quran sahabat dengan bertadarus bagi mencapai ketakwaan kerana puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi juga istiqamah dalam melakukan amalan-amalan yang baik sepanjang bulan Ramadan.

Keistimewaan diberi Allah SWT kepada hamba-Nya tidak sepatutnya dipersiakan dan doa orang yang berpuasa juga mustajab pada bulan barakah ini. Oleh itu, jadikan Al-Quran sebagai peneman setia anda dengan membaca dan mengamati maksudnya di bulan Ramadan Al-Mubarak.

Kredit kepada: Berita Harian

Psssssssss….#FamilySK , HH nak bagitau anda yang promosi Road to Ramadan SK akan berakhir pada hari ini! Cepat dapatkan diskaun istimewa di butik-butik SK berhampiran anda atau di www.sitikhadijah.com.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE