Bagaimana cara untuk bebaskan diri dari wang haram seperti rasuah? – KTUJ EPISOD 48

Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf– Waalaikumsalam warahmatullah..

Pagi di Sinar– Soalan daripada Nur Mazilah Binti Ahmad. Dia kata dia pernah terlibat dengan rasuah.dan kini saya telah insaf. Bagaimana cara untuk bebaskan diri saya dari wang haram tersebut?     

Imam Muda Asyraf– Baik, tentang pengambilan wang haram, fatwa dah keluar banyak kali dah. Wang haram ni tetap haram. rasuah haram. Orang beri rasuah, orang terima rasuah, dalam api neraka. Sebab itu kena ingat, kita nak makan benda yang haram kata ulama’ seumpama kita minum air laut. Makin minum makin dahaga. Tak puas. Kadang-kadang orang kita makan rasuah RM 10, tak habis, kata nak banyak lagi. Banyak mana pun kalau tak puas, takkan puas jugak. Sebab benda haram. Sebab itulah kalau kita dapat benda itu kita dapat kita nak sedekah ke? Tak boleh kita sedekah dengan niat sedekah. Yang dinamakan dengan ambil rezeki haram, kita nak bersihkan rezeki kita dinamakan takzkiyatulmal, menyucikan harta. Macam mana kaedahnya? Maka ulama’dan fatwa-farwa dah keluar, pertama, beri kepada Baitulmal. Nombor 2, dibenarkan untuk kita beri kepada NGO-NGO atau persatuan2/kebajikan2  yang menggunakan wang ringgit itu untuk tujuan kebaikan. Kita bagilah kepada mereka daripada kita buang duit itu dalam sungaib buat apa? Benda itu boleh manfaat untuk orang susah dekat negara-negara lain. Dan tanpa perlu orang tu tanya daripada mana sumber kita dapat duit itu. Jadi kalau boleh tu, lakukanlah penyucian harta. Beri kepada Baiktulmal lebih mudah dan senang.

Pagi di Sinar– Baik, terima kasih Imam~

Kredit: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Promosi Rejab’s Special Siti Khadijah!

Assalamualaikum #FamilySK !

Dapatkan pelbagai koleksi Siti Khadijah dengan DISKAUN sehingga 20% sempena promosi ” Rejab’s Special” yang berlangsung mulai, 23 – 31 Mac 2019 di www.sitikhadijah.com & Butik Siti Khadijah sekitar Lembah Klang. Bagi butik SK di pantai timur promosi ini bermula 25 – 31 Mac 2019.
Anda pasti tidak akan lepaskan peluang untuk bergaya dengan koleksi SK dan dapatkan KOTAK EKSKLUSIF terbaru & HADIAH PERCUMA dengan setiap pembelian telekung terpilih promosi SK.




Hadiah percuma pun ada tau! 🙂

Apa tunggu lagi? Kongsikan berita gembira ini kepada rakan-rakan dan saudara mara anda juga ya! 🙂 

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Sambut Ulang Tahun Lazada bersama Siti Khadijah!

Diskaun hingga 25% !
Dapatkan ekstra diskaun sebanyak 10% bermula jam 12 pagi-2 pagi (HANYA pada 27 Mac 2019)

Hai #FamilySK ! Berita baik buat anda! Bagi anda yang suka membeli-belah di Lazada, SK ada sesuatu yang menarik dan istimewa untuk anda!

Sempena ulang tahun Lazada, (Lazada Birthday Promotion), Siti Khadijah akan menawarkan promosi diskaun produk sehingga 25% yang akan berlangsung bermula 21-27 Mac 2019 hanya di Lazmall Siti Khadijah. Bukan setakat diskaun hebat, anda juga perlu nantikan slot SLASH IT dan Jualan Kilat (Flash Sale) untuk lebih penjimatan produk SK di laman Lazada.

Bila? Kena la tunggu pengumuman daripada #TeamSK di laman sosial SK!

SLASH IT !

  1.MAMA SINGLE PINK-TOTE BAG ROSE

  • Harga Slash: RM 30

2. Basic Kain (BK) SERI PAGI LZD

  • Harga Slash: RM50

FLASH SALE SITI KHADIJAH!

  1. C PKSE 2.1

  • Harga Flash: RM 150

2. Basic Atasan

  • Harga Flash: RM 79

Promosi produk SK sempena Lazada Birthday Promotion

1. Telekung Daania

  • Harga promosi: RM 87

2. Telekung Adra

A
  • Harga promosi: RM 276
  • PERCUMA Tote Bag Rose Maroon

3. Basic Kain (BK) LZD Exclusive

  • Harga promosi: RM 126
  • PERCUMA Pouch Bag Rose SK (Grey)

4. Set Mama Hana

  • Harga promosi: RM 179

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jom shopping produk SK di Lazada! Hanya di akaun rasmi, Siti Khadijah Lazmall.

#TelekungSK #TelekungSitiKhadijah #Lazada #LazadaMalaysia

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Cukupkah sekadar mengucapkan syukur untuk tunjuk rasa syukur kepada Allah? -KTUJ EPISOD 47-


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar–  Ini ada soalan daripada Syahmimi Muhammad. Soalan dia, cukupkah sekadar mengucapkan syukur bagi menunjukkan cara kita bersyukur kepada Allah?      

Imam Muda Asyraf– Allah, Allah, Allah…syukur ni kalau ikut Imam Ghazali, makam syukur ini lebih tinggi daripada makam sabar. Sebab sabar ni orang menghadapi musibah, sabar itu biasa.Tapi jarang orang dapat benda nikmat daripada Allah, orang itu akan bersyukur. Cuma syukur ni ulama’ bahagi-bahagi. Syukur ni adakah dengan sebut sahaja? Baik, tahmid, alhamdulillah melambangkan syukur. Tapi syukur tak semestinya dengan alhamdulillah semata-mata. Sebab kena ada kalbi, kena ada lisan dan juga kena ada perbuatan. Hati berterima kasih dengan Tuhan. Hati syukur dengan apa yang Tuhan bagi. Bukan fikir tentang nikmat yang Allah bagi, tetapi fikir siapa yang memberikan nikmat. Kemudian lidah, lidah kena sebut berulang kali. “Allah bagi rezeki, syukur alhamdulillah..”. Ulang banyak kali sebut. Termasuklah zikir-zikir dan diiringi dengan perbuatan. Kalau kita setakat sebut alhamdulillah, tak iring dengan perbuatan tak jadi. Tanda syukur dengan perbuatan ialah Allah bagi telinga, telinga dengar benda baik-baik. Allah bagi lidah, jangan mengata orang. Allah bagi harta, sedekah, bayar zakat. Itu bukan kita punya. Allah bagi nikmat, maka kita gunakan nikmat itu, itu tanda syukur. Jadi tak semata-mata dengan ucapan.                                                                                    
Pagi di Sinar– Terima kasih Imam.

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Cara pengurusan jenazah janin yang berusia 6 bulan? – KTUJ EPISOD 46 –


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullahiwabarakatuh

Pagi di Sinar–  Soalan daripada Adib bin Alimo. Dia ada kemusykilan. Satu janin berusia 6 bulan dan dah bersifat meninggal di dalam kandungan ibunya? Bagaimanakah urusan jenazahnya? Seperti biasa atau tidak?

Imam Muda Asyraf– Ianya berlaku perbezaan pandangan, tapi saya ambil dari sudut pandangan mazhab shafie lah. Biasanya janin ini orang tak kira 6 bulan dan sebagainya. Orang ambil kira 4 bulan ke atas. Sebab setelah 4 bulan dimasukkan roh. Jadi sebelum daripada 4 bulan, ada perbahasan hukumnya. Kalau tak nampak apa-apa, maka sebelum 4 bulan ini, tak perlu kita solat, tak perlu kita kafan dan mandikan. Yang perlu kita bersihkan secara biasa dan kita letak di tempat yang terhormat iaitu dalam 6 proses pengebumian yang biasa lah. Cuma dalam lepas 4 bulan, di tengok pada pergerakan. Adakah ada unsur-unsur hayat/kehidupan atau pun tidak. Sekiranya ada unsur kehidupan, diminta untuk kita ini, yang pertama kita mandikan. Kemudian kita kafankan, kemudian solatkan dan kebumikan. Bagi anak yang gugur 6 bulan, ini special.. Sebagai contoh dalam mazhab syafie’ mengatakan bahawa 6 bulan sama ada ada tanda-tanda kehidupan ataupun tidak ada tanda-tanda kehidupan, tapi kalau 6 bulan, maka dia diuruskan jenazah seperti jenazah dewasa biasa, iaitu dimandikan, disolatkan, dikafankan dan dikebumikan dalam mazhab syafie.             

Pagi di Sinar– Terima kasih Imam..

Imam Muda Asyraf–  Sama-sama..

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Tudung & Telekung menjadi tumpuan di Kunming, China

Pada 27 Januari 2019, seramai 12 orang mahasiswa dan mahasiswi Sekretariat Rakan Muda USIM diiringi oleh seorang pengawai pengiring telah menjalankan program GISO di Kunming, China selama 9 hari bermula 19 Januari dan berakhir pada 27 Januari 2019.

Pada GISO kali ini, para peserta telah menjalankan misi ’Jelajah Masjid’ yang mana ianya telah membawa satu matlamat untuk memberi sumbangan telekung dan sejadah untuk solat, makanan tradisi ’Dodol’ serta makanan sunnah ’kismis dan kurma. Barang yang disumbangkan telah menjadi perhatian lebih-lebih lagi telekung. Ini kerana, setiap masjid yang kami jelajah telekung solat dan sejadah adalah barang wajib kami sumbang di setiap masjid.

Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah mengajar Bahasa Melayu kepada komuniti Cina di sekitar Shuncheng, dan kami berpeluang mempelajari Bahasa Mandarin yang telah diajar oleh Pengetua Kunming College of Eastern Language dan diterjemahkan oleh Ustaz Azhar, perkongsian ilmu bersama Imam Masjid Nancheng.

Tudung dan telekung semestinya menjadi tumpuan seluruh masyarakat Cina yang beragama Islam mahupun bukan Islam, para peserta tersentuh hati kerana ketika perjalanan menuju ke tempat komuniti Islam, kami telah disapa oleh seorang masyarakat bukan islam dengan persoalan, ‘Apakah yang kamu pakai ujarnya. Soalan itu telah membuka mata kami untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang cara pemakaian wanita islam di Malaysia. Perkara itu telah diterima positif oleh masyarakat bukan Muslim disana telah memberikan kesan yang sangat bermakna kepada seluruh peserta GISO kali ini.

Dapatkan koleksi telekung Siti Khadijah terbaru, H TPO Renda di butik/online Siti Khadijah sekarang! 🙂

”Apa yang menjadi perhatian kami adalah di Masjid Shun Cheng yang mana telekung yang disumbangkan adalah satu penerimaan yang baru oleh mereka kerana mereka tidak pernah solat dengan menggunakan telekung dan hanya menggunakan tudung. Telekung menjadi kejutan apabila kami membuat demokrasi pemakaian untuk mereka dan kelihatan mereka sangat teruja sehinggakan mereka keluar  berjalan sekitar masjid untuk menunjukkan telekung yang dipakai. Alhamdulillah, semua peserta berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi pengetahuan yang baru kepada masyarakat muslim disana”, kata Aisya Syahida 21.

C PKSE RW Melati juga koleksi terbaru Siti Khadijah yang mesti anda dapatkan sekarang! 🙂

“Pengembaraan selama 9 hari cukup memberi kepuasan dan keinsafan buat diri malah memberi ilmu baru. Allah juga menggalakkan kita pergi ‘melihat’ negara luar, supaya kita sentiasa bersyukur dan mengambil pengajaran. Rugilah jika kita diberi peluang dan ruang oleh pihak USIM melakukan aktiviti luar, tapi kita hanya sekadar pergi bersama jasad , bukan bersama hati. Belum puas rasanya menghirup udara segar di sana”, kata Aminah Sulaiman 22.

Kredit kepada: USIM

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Apakah hukum melihat seseorang lelaki yang berperwatakan wanita dan berpakaian seksi? – KTUJ EPISOD 45 –


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Ni ada soalan soalan daripada Encik Ahmad Muzammil Kamal Bin Mohd Zaidi, soalan dia macam gini mam. Apakah hukum kita melihat seseorang lelaki yang berperwatakan wanita dan berpakaian seksi? Apakah kita boleh melihat mereka dan berjabat tangan dengan mereka?         

Imam Muda Asyraf– Hukum lelaki dengan lelaki dibenarkan. Apakah hukum bagi lelaki yang menyerupai wanita? Lelaki yang menyerupai wanita hukumnya tertakluk kepada lelaki pada asalnya. Walaupun dia pakai pakaian wanita, walaupun dia ada buat suntikan-suntikan tertentu, berperwatakan wanita, hukum tetap kembali kepada lelaki. Sebagai contoh, jika dia meninggal dunia, disempurnakan jenazahnya oleh orang lelaki. Cuma nya ada beberapa fatwa ulama berkenaan laki-laki ‘abrod’ atau laki-laki ‘jambu’. Ada sebab-sebab tertentu sebagai contoh di Pakistan  banyak cerita-cerita macam ni lah.ulama2 keluarkan fatwa tentang kebimbangan mereka kepada lelaki ‘Abrod’. Maksudnya, orang lelaki tengok ada selera. Jadi sebahagian ulama’ yang mana melarang antaranya tidur bersama. Ada ulama’ melarangnya tidur bersama, duduk satu selimut bersama dan sekiranya kita peluk, pegang, salam itu ada unsur-unsur syahwat, maka diharamkan walaupun dia lelaki. Tetapi kalau kita salam dan tidak timbulkan fitnah dan salam biasa, hukumnya harus. Sebab dia adalah lelaki Tapi kalau kita tengok dia pun macam semacam je, kita pun peluk bukan main, itu tidak dibenarkan.

Pagi di Sinar–  Terima kasih Imam.


Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Dahsyatnya 6 April ini!

Dahsyat! Dahsyat! Dahsyat!

Apa yang dahsyat sangat ni? Telekung Siti Khadijah bakal menganjurkan jualan secara besar-besaran pada 6 April 2019 iaitu Jualan Mega #SKDahSedekad. Jualan Mega ini akan dijalankan di Putrajaya Marriott Hotel selama 1 hari sahaja.

Dahsyatnya Jualan Mega SK ini kerana #TeamSK ingin tawarkan kepada anda diskaun sehingga 60%. Orang ramai boleh kunjungi seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam untuk menikmati pelbagai promosi menarik daripada Siti Khadijah, dan yang paling penting 20 produk terbaru SK juga bakal dipasarkan pada Jualan Mega SK ini! Dahsyatnya!

Jualan terbesar yang julung kali diadakan ini adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-10 telekung Siti Khadijah. Jualan Mega juga dijalankan bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada para pelanggan SK di atas kesetiaan dan sokongan mereka sejak tertubuhnya telekung Siti Khadijah pada tahun 2009. Di Jualan Mega SK juga anda boleh ‘cuci mata’ dan ‘memborong’ produk tempatan lain seperti jenama Rina Salleh Clothing, Hegira, dan Zleqha.

Antara aktiviti menarik sepanjang Jualan Mega SK ini ialah sesi ‘kotak misteri’ SK yang akan dikelolakan oleh pengacara Go Shop, Syakirin Husnal. Kalau anda nak tahu apa yang terkandung di dalam kotak misteri tu, kena lah datang ke Jualan Mega SK yang terbesar ini!

Tidak terikat hanya pada aktiviti jualan, bagi suami yang agak-agak boring tunggu para isteri anda shopping sakan tu, jangan risau! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti sesi perkongsian ilmu agama bersama ustaz jemputan, Da’i Adam & Imam Muda Asyraf. Bukan itu je, untuk anak-anak anda pula, kami sajikan ruangan permainan, dan yang paling menarik, Maskot Omar & Hana pun ada untuk menghiburkan anak-anak kecil anda. Haaa menarik kan?

Bag-A-Minute SK!

Anda mesti tertanya-tanya apa itu Bag-A-Minute ni kan? Sebenarnya anda boleh jimat wang sebanyak RM 800 hanya dalam masa 60 saat sahaja! Bagaimana? Senang saja!

  1. Beli shopping beg SK ‘Bag A Minute’ di HANYA di Online SK (terhad kepada 20 bag sahaja)
  2. Dapatkan beg ‘Bag A Minute’ yang telah dibeli di Online SK di Jualan Mega Sedekad SK dengan menunjukkan resit pembelian.
  3. Dengan menggunakan ‘Bag A Minute SK’, anda boleh mengambil produk SK kegemaran anda dalam masa 60 saat sahaja!
  4. Produk SK  yang diambil semuanya akan diberi diskaun sebanyak 60% ! Wow!

Jadi anda semua dah tahu apa yang dahsyat sangat kan? Para Muslimah yang belum merasai pengalaman mengenakan telekung Siti Khadijah sebagai kelengkapan solat anda, inilah masanya!

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Dia Siti Khadijah….?

Assalamualaikum #FamilySK! Apa khabar semua? Lama rasanya HH tak borak- borak dengan anda semua. Ni haaa… saja lah HH nak tanya. Anda semua tau ke Hari Wanita Sedunia bila? Tahu tak tahu tak? 🙂

Okay lah, bagi anda yang tidak tahu, sebenarnya Hari Wanita Sedunia sebenarnya jatuh pada 8 Mac 2019.

Wanita diibaratkan seperti permaisuri dunia, bidadari syurga. Wanita pertama yang menjadi contoh ikutan ummah, Dia Siti Khadijah, secantik nama, secantik pekerti. Siti Khadijah RA merupakan isteri Nabi Muhammad SAW yang setia bersama-sama menyokong perjuangan Rasulullah SAW dalam menyerbarkan dakwah islam. Setuju ke setuju? 🙂

Bagi HH, selain Saidatina Siti Khadijah, seorang lagi insan yang merupakan wanita yang paling kuat dan tidak pernah kenal erti putus asa adalah ibu HH sendiri. Anda pula bagaimana?

Sempena Hari Wanita Sedunia, Telekung Siti Khadijah tidak terkecuali untuk mengadakan promosi bagi menghargai jasa & pengorbanan wanita. Setiap wanita selayaknya mendapat penghargaan dari insan yang tersayang. 

Promosi Dia Siti Khadijah yang bermula 1 hingga 11 Mac 2019 ini menawarkan diskaun sehingga 20% untuk produk SK yang terpilih. Promosi ini berada di Butik SK atau Online SK ya? Sudah pasti jawapannya adalah kedua-duanya, iaitu di seluruh butik SK dan Online SK! Haa lagi mudah la bagi anda. Tak payah pening kepala nak fikir kat mana nak beli kan? Pilih je Butik atau Online~ 🙂  

Bukan promosi SK la kalau tiada HADIAH PERCUMA untuk anda semua kan? Setiap pembelian bernilai RM 200 ke atas akan memiliki Diary Planner 2019 SK secara PERCUMA.  *sementara stok masih ada

Basic Atasan
Daania Atasan
Signature Limited Edition (LE)

Menangi Baucar Tunai SK sehingga RM1500 sempena promosi Dia Siti Khadijah!

Terma & Syarat:

  1. Baucar ini sah dengan pembelian melebihi RM 150 sahaja.
  2. Baucar terhad kepada 5 pemenang orang sahaja
  3. Hanya sah untuk satu transaksi dalam satu resit sahaja.
  4. Baucar ini tidak boleh digabungkan dengan pembelian lain.
  5. Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
  6. Baucar ini boleh ditebus di butik-butik SK & Online kecuali butik SK Isetan.
  7. Baucar ini sah dari 1 Mac hingga 30 April 2019 bagi transaksi seterusnya
  8. Baucar ini tidak sah bagi produk promosi & produk terbaru

Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda hadiahkan produk premium SK kepada yang tersayang seperti ibu, kakak, isteri atau mertua anda.

Selesa beribadah dengan telekung SK, insan tersayang pun tersenyum~ 🙂

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE