#HHKongsi: Hukum membuang bulu roma yang menyerupai lelaki di dagu dan kaki bagi perempuan? -KTUJ Episod 59


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Nor Haslinda Mohd Kamil, dia kata saya ingin bertanya apakah hukum membuang bulu roma yang menyerupai lelaki di bahagian dagu dan kaki? Terima kasih.    

Imam Muda Asyraf– Baik, ada anggota tubuh badan ni ada bulu-bulu tersendiri seperti rambut, janggut dan macam-macam lah. Ada orang yang mencukur bulu kening sebagai contoh. Sebahagian ulama’ bila bercerita tentang rupa paras ni kita kena tengok dalil-dalilnya. Antaranya bila kata tentang bulu kening, janggut, misai ada hadis tak. Kalau untuk lelaki, ada larangan tentang mencukur janggut dan juga disuruh untuk kita menipiskan misai. Maka ada hukum-hukumnya. Jadi bagi wanita ini macam mana? Wanita ni dia ada satu satu yang dipanggil bulu-bulu antara bahagian bibir dan dagu, di bawah bibir dan dagu bagi perempuan. Jadi dengan misai ni, macam mana? Orang perempuan nak cukur atau pun tidak? Tiada masalah. Bahkan kalau dia melibatkan keaiban untuk dirinya, dan nampak macam lelaki sehingga orang tengok macam lelaki, maka dia diminta untuk cukur. Tidak menjadi kesalahan, tapi timbul fitnah yang besar, maka diminta untuk cukur, afdhal untuk dia. Jadi bulu kaki pun wanita bulu kaki lain. Bulu kaki ni dia tidak ada larangan ataupun tidak ada satu nas yang dengan lebih jelas asalkan uruf menerimanya. Sebagai contoh, Kalau la dia pergi ke orang dalam keadaan bulunya sangat tebal, dia selak orang nampak, suatu yang mengaibkan. Kalau nak kahwin pun, suami tengok tak berapa seronok. Maka waktu itu, diminta untuk dicukur.                                                                                         

Pagi di Sinar– Terima kasih Imam. 
Imam Muda Asyraf – Sama-sama.

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Adakah nazar kita tidak sah jika hanya niat dalam hati? -KTUJ Episod 58


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Wan Maliqi bin Wan Zaharuddin, dia tanya, Saya ingin bertanya bagaimanakah kaedah nazar yang sebenar? Adakah tidak sah jika niat dalam hati kerana merujuk kepada Surah Maryam, ayat 26? Adakah perlu secara kalam? Maksudnya kena sebut kalam la kan, dan bagaimana kaedahnya? Jazakallahukhairan.       

Imam Muda Asyraf– Baik, faham-faham. Antara nazar ini lafaz ataupun dengan niat dalam hati, dengan ayat yang diberitahu tentang ayat surah Maryam, tak ingat yang mana satu. Dalam Surah Ali- Imran, cerita ketika Maryam alaihi salam, dia bernazar untuk anak ini dijadikan sebagai orang yang akan berkhidmat dekat Baitul Maqdis. Jadi nazar itu memang ada diceritakan, tentang hukum hakamnya, tak boleh laksanakan maka ada hukum kafarah atau pun diminta untuk denda dan sebagainya. Sebab itu, hendaklah kita sempurnakan nazar. Cumanya ulama’ bincang, tentang lafaz dan hanya niat dalam hati. Baik, ada 2 pandangan. Pandangan yang pertama ialah, niat lintasan dalam hati tidak dikira sebagai nazar. Ini pandangan dari Imam Syafie ya. Sebab Imam Nawawi pun kata benda begitu. Kalau hanya sekadar lintasan hati, maka tidaklah diambil kira sebagai nazar. Nazar itu perlu dengan lafaz. Inilah pandangan yang dipilih oleh Mazhab Syafie tentang perkara ini. Jadi kalau kita nak tengok, ada pandangan yang mengatakan bahawa lintasan hati termasuk dalam nazar, tapi kita memilih pandangan nazar diambil kira dan wajib ditunaikan sekiranya dilafazkan dengan lisan. Kalau sekadar lintasan hati, maka dia tak dikira sebagai nazar.                                                                                        

Pagi di Sinar– Terima kasih Imam.

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: SK Terima Sijil Pengiktirafan Perusahaan Berproduktiviti Tinggi

Assalamualaikum Team SK,

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd telah berjaya mendapat Pengiktirafan Perusahaan Berproduktiviti Tinggi (kategori Gangsa) sempena Majlis Pelancaran Productivity Report 2018/2019 & MITI Report di Dewan Perdana, Menara MITI.

Pengerusi Eksekutif Siti Khadijah, Tuan Haji Aminuddin Bin Nasir bersama isteri, Pengasas Siti Khadijah, Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman.

Penghargaan ini diberikan kerana Siti Khadijah merupakan syarikat tempatan yang berjaya mencapai kadar pertumbuhan produktiviti yang tinggi melalui penglibatan pekerja-pekerjanya yang merupakan anak tempatan.

Tahniah buat Team SK! 😊

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Adakah batal solat seseorang jika dia tidak melakukan sujud sahwi?-KTUJ 57


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Nazirah Binti Mokhtar Ahmad, dia nak tanya pada Imam, adakah batal solat seseorang jika dia tidak melakukan sujud sahwi?   

Imam Muda Asyraf–  Eh, takda menjadi kesalahan. Sujud sahwi ini satu benda yang dia tertinggal sunat ab’ad. Bila kita tertinggal qunut, dia nak buat sujud sahwi, dia buat lah. Kalau dia tertinggal, dia tidak melakukan sujud sahwi takda masalah. Solat pun sah.                                                                                     

Pagi di Sinar– Baik imam, terima kasih Imam.


Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Menangi pakej percutian dengan Kempen Setulus Kaseh SK!

Hadiahkan pasangan anda dengan pakej percutian selama 3 hari 2 malam daripada SK & Hadiah Eksklusif bernilai lebih dari RM 1000 !

Setiap apa yang dilalui bersama pasangan merupakan pengalaman yang mendewasakan kita. Hidup terasa lengkap dengan adanya pasangan yang belajar untuk saling memahami, bertolak ansur dan sentiasa menyayangi jasa dan pengorbanan.

Bermula 20 Jun 2019 hingga 27 Oktober 2019, Siti Khadijah akan jalankan Kempen Setulus Kaseh istimewa untuk meraikan anda dan pasangan anda! 🙂


Raikan & hargai pasangan anda dengan koleksi keluaran Siti Khadijah bersama kotak eksklusif SK 10 secara PERCUMA dengan setiap pembelian bernilai RM300 keatas untuk dijadikan sebagai hantaran mahupun hadiah buat yang tersayang. Hangatkan perkahwinan anda dengan menangi pakej percutian 3 Hari 2 Malam dari SK. Di mana? Rahsia! 🙂



SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Bagaimana memandikan jenazah yang memakai braces dan mewarnakan rambut?-KTUJ 56


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Soalan daripada Fatin Nazirah Binti Sumadi. Dia tanya bagaimanakah proses memandikan dan mengkafankan jenazah yang memakai braces dan mewarnakan rambut? Adakah perlu dibuka braces atau dicukur rambut yang diwarnakan itu? Atau bagaimana?     

Imam Muda Asyraf– Sebenarnya untuk si mati ni ada benda-benda yang mana yang mana sukar untuk dilakukan dan dengan kesukaran itu satu boleh menyiksa, boleh merosakkan tubuh badan si mati, kehormatan si mati itu dipandang dengan buruk, jadi kita abaikan benda itu. Sebagai contoh, kalau mudah untuk dibuka. Contohnya mudah untuk dibuka gigi palsu, mudah untuk dibuka braces tersebut, kita pegang je terkeluar. Ataupun ada kesan-kesan di tubuh badan si mati yang kita nampak mudah untuk ditanggalkan. Maksudnya, ada cat ke, kita boleh tanggalkan dengan sabun dan sebagainya. Yang tidak menyakiti jenazah, maka disuruh untuk kita hilangkan benda itu supaya air boleh sampai kat tubuh badan si mati. Sekiranya perbuatan tersebut terlalu sukar, macam braces baru nak kluar, dengan rambut pun kalau banyak sangat, kalau kita nak cukur nampak botak pulak si mati. Maka tak perlu untuk kita melakukan urusan tersebut, Jadi kita urus jenazah ni, tubuh badan si mati ini mulia. Kita muliakan dengan sekadarnya. Jadi, kita yang nak meninggal ni kena aware dengan benda-benda tu. Kita tau nanti ada anggota tubuh badan kita yang kita rasa tanpa sebab tertentu, tanpa sebab perubatan, tapi kita nak lekat kat badan kita, maka kita pun bimbang, nanti kita mati macam tu lah orang tak nak tanggalkan.

Pagi di Sinar– Terima kasih Imam.

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: Promosi ‘Ayah Hero Hatiku’ istimewa sempena menyambut Hari Bapa!


Assalamualaikum #FamilySK!

HH nak kongsikan berita baik untuk anda! Sempena sambutan Hari Bapa pada 16 Jun 2019, iaitu hari ahad ini, Team SK akan adakan promosi istimewa ‘Ayah Hero Hatiku’ untuk para pelanggan setia SK!

Bagi anda yang ingin menghadiahkan sesuatu kepada bapa anda sempena Hari Bapa ini, SK adalah jawapannya! 🙂

Dapatkan pelbagai produk premium SK bagi Muslimah dan Muslim yang sememangnya patuh syariah dengan diskaun sebanyak 5% di butik-butik SK seluruh Malaysia.

Bagaimana cara nak dapatkan diskaun tu? Senang saja! 🙂

Anda hanya perlu bawa bersama bapa anda ke butik SK dan ambil produk SK yang ingin di beli, dan……….Walahhh!! Anda akan dapat diskaun 5% dari Team SK!

*PERINGATAN*

Promosi ‘Ayah Hero Hatiku’ ini hanya berlangsung selama 1 HARI sahaja tau! Jadi jangan lupa untuk serbu ke butik SK berhampiran anda pada 16 Jun 2019, hari Ahad ini tau! Hadiahkan yang tersayang hanya dengan produk SK yang berkualiti serta patuh syariah. 🙂

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

#HHKongsi: FamilySK, dah puasa 6 ke tu?

Assalamualaikum Family SK!

Bagaimana dengan sambutan Syawal anda? Okay ke tu? Pastinya selepas sebulan berpuasa, anda akan ‘lepas geram’ dengan makan sepuas-puasnya juadah raya yang disediakan? Betul tak? Haaaaaa bila dah makan banyak sangat tu, ini lah masanya untuk anda berpuasa sunat di bulan Syawal ini.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan oleh Islam. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah pernah bersabda, Allah berfirman (dalam hadis Qudsi):

“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Daku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”

Bukan setakat ingin mengawal pengambilan makanan seharian kita, puasa sunat 6 hari di bulan Syawal juga dapat menambah pahala dan meningkatkan amalan berterusan selepas bulan Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.”  (Riwayat Imam Bukhari)

Apa fadilat puasa 6 ni ye?

Ibadah puasa enam mempunyai pelbagai ganjaran dan kelebihan yang boleh diperolehi umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakannya.

“Sesiapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” (Riwayat Muslim)

“Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Puasa selepas Aidilfitri juga dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat pertolongan dan keampunan yang dianugerahkan Allah ketika Ramadan.

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda:

“Puasa sebulan di bulan Ramadan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah:

  1. Mendidik kesabaran insan daripada godaan makanan yang melimpah ruah menerusi rumah terbuka.
  2. Memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga.
  3. Allah sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadan walaupun hanya enam hari.
  4. Penyempurnaan daripada kekurangan. Pada hari kiamat, perbuatan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunnah.
  5. Memberi peluang kepada wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan, menggantikan puasanya di samping mendapat pahala puasa sunat.
  6. Mengelakkan budaya suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga hampir Ramadan berikutnya.
  7. Segera kembali melaksanakan puasa selepas Aidilfitri dengan rasa ringan dan gembira, adalah bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.
  8. Berpuasa selepas Ramadhan bagaikan orang yang cepat-cepat kembali daripada pelariannya, yakni orang yang baru lari daripada peperangan fisabilillah lantas kembali lagi.

Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

Jadi, bila nak mula puasa sunat 6 di bulan Syawal ni? Jom #FamilySK . Semoga bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah… 🙂

Kredit kepada: Syafiqolbu

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE