Bagaimana cara untuk bebaskan diri dari wang haram seperti rasuah? – KTUJ EPISOD 48

Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf– Waalaikumsalam warahmatullah..

Pagi di Sinar– Soalan daripada Nur Mazilah Binti Ahmad. Dia kata dia pernah terlibat dengan rasuah.dan kini saya telah insaf. Bagaimana cara untuk bebaskan diri saya dari wang haram tersebut?     

Imam Muda Asyraf– Baik, tentang pengambilan wang haram, fatwa dah keluar banyak kali dah. Wang haram ni tetap haram. rasuah haram. Orang beri rasuah, orang terima rasuah, dalam api neraka. Sebab itu kena ingat, kita nak makan benda yang haram kata ulama’ seumpama kita minum air laut. Makin minum makin dahaga. Tak puas. Kadang-kadang orang kita makan rasuah RM 10, tak habis, kata nak banyak lagi. Banyak mana pun kalau tak puas, takkan puas jugak. Sebab benda haram. Sebab itulah kalau kita dapat benda itu kita dapat kita nak sedekah ke? Tak boleh kita sedekah dengan niat sedekah. Yang dinamakan dengan ambil rezeki haram, kita nak bersihkan rezeki kita dinamakan takzkiyatulmal, menyucikan harta. Macam mana kaedahnya? Maka ulama’dan fatwa-farwa dah keluar, pertama, beri kepada Baitulmal. Nombor 2, dibenarkan untuk kita beri kepada NGO-NGO atau persatuan2/kebajikan2  yang menggunakan wang ringgit itu untuk tujuan kebaikan. Kita bagilah kepada mereka daripada kita buang duit itu dalam sungaib buat apa? Benda itu boleh manfaat untuk orang susah dekat negara-negara lain. Dan tanpa perlu orang tu tanya daripada mana sumber kita dapat duit itu. Jadi kalau boleh tu, lakukanlah penyucian harta. Beri kepada Baiktulmal lebih mudah dan senang.

Pagi di Sinar– Baik, terima kasih Imam~

Kredit: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply