Bolehkah menjadi ma’mum bagi solat jama’ qasar? – KTUJ Episod 52


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf– Waalaikumsalam warahmatullah..

Pagi di Sinar– Ni ada soalan daripada Mat Faizal Izwan Salihuddin. Soalannya, bolehkah saya ikut bersama jemaah yang baru selesai jama’ qasar Zohor, dan baru nak mulakan jama’qasar Asar, sedangkan saya baru nak jama’ qasar untuk Zohor.       

Imam Muda Asyraf– Oh contoh, kita masuk-masuk, waktu tu waktu asar. Dia nak sembahyang, tiba-tiba ada orang dah sembahyang dia dah buat Zohor dan dia dah selesai 2 rakaat Zohor. Dia nak buat Asar, kita baru masuk, kita nak buat Zohor. Boleh ke tak boleh kita ikut? Boleh. Dan kita pun ikut lah Imam berhenti macam mana. Kalau kita masuk, contohnya Imam nak sembahyang bukan jama’ qasar, Imam nak sembahyang penuh, nak sembahyang 4 rakaat asar contohnya. Kita kena tahu kalau dia nak buat 4 rakaat, kita pun kena buat 4 rakaat ikut sampai Imam habis. Tak boleh kita berhenti awal.

Lepas Imam baru 2 rakaat, kita pun bagi salam sebab kita nak buat qasar. Tak boleh. Kena ikut sampai imam habis. Jadi kena ikut Imam. Boleh tiada masalah.   

Pagi di Sinar– Baik, terima kasih Imam~

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply