Bolehkah solat withir dilakukan selain dari bulan Ramadan? – KTUJ EPISOD 49

Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf– Waalaikumsalam warahmatullah..

Pagi di Sinar– Ni Zurianti binti Rasul, dia kata solat withir boleh ke kita lakukan selain dari bulan Ramadan?

Imam Muda Asyraf– Okay selalu orang ingat bulan Ramadan saja dia buat sembahyang sunat, lepas pada isyak’. Padahal sembahyang sunat, solat malam itu Nabi lakukan sepanjang tahun. Cuma dalam bulan Ramadan Nabi tunjukkan secara berjemaah. Nampak syiar tu lah. Sebab tu nama solat sunat terawih. Terawih salah satu nya sebab ada unsur-unsur kerehatan dalam solat-solat malam Nabi yang Aisyah suka. Jadi, kalau cerita tentang withir, withir ni macam mana pulak? Withir ini satu solat sunat yang nabi galakkan. Bahkan mazhab Hanafi dia kata wajib untuk lakukan setiap malam. Sebab Mazhab Hanafi dia ada berbeza dengan fardu. Dia ada kaedah dia. Tapi mazhab Shafie kata sunat muakad, digalakkan. Bahkan kalau boleh tu jangan tinggal, sama ada.lepas isyak. Lepas isyak kita taknak tidur, kita nak buat terus pun boleh. Ataupun kita tidur dulu, kita bangun awal, kita buat withir. Jadi itu dinamakan solat sunat withir, dengan bilangan ganjil. Paling minima, walaupun ada ulama’ memakruhkan tapi ada ulama’ yang membenarkan, paling minima ialah 1 rakaat. Itu yang paling last lah. Paling afdhal nya 3 rakaat lah sekurang-kurangnya.3 rakaat 2 salam boleh, 1 salam pun boleh. Biasa kita masyhur dengan 2 salam. Jadi kalau kita nak buat, buatlah setiap malam. Jangan tunggu pada bulan Ramadan saja.

                                                                   
Pagi di Sinar– Baik, terima kasih banyak Imam~

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply