#HHKongsi: Adakah nazar kita tidak sah jika hanya niat dalam hati? -KTUJ Episod 58


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Wan Maliqi bin Wan Zaharuddin, dia tanya, Saya ingin bertanya bagaimanakah kaedah nazar yang sebenar? Adakah tidak sah jika niat dalam hati kerana merujuk kepada Surah Maryam, ayat 26? Adakah perlu secara kalam? Maksudnya kena sebut kalam la kan, dan bagaimana kaedahnya? Jazakallahukhairan.       

Imam Muda Asyraf– Baik, faham-faham. Antara nazar ini lafaz ataupun dengan niat dalam hati, dengan ayat yang diberitahu tentang ayat surah Maryam, tak ingat yang mana satu. Dalam Surah Ali- Imran, cerita ketika Maryam alaihi salam, dia bernazar untuk anak ini dijadikan sebagai orang yang akan berkhidmat dekat Baitul Maqdis. Jadi nazar itu memang ada diceritakan, tentang hukum hakamnya, tak boleh laksanakan maka ada hukum kafarah atau pun diminta untuk denda dan sebagainya. Sebab itu, hendaklah kita sempurnakan nazar. Cumanya ulama’ bincang, tentang lafaz dan hanya niat dalam hati. Baik, ada 2 pandangan. Pandangan yang pertama ialah, niat lintasan dalam hati tidak dikira sebagai nazar. Ini pandangan dari Imam Syafie ya. Sebab Imam Nawawi pun kata benda begitu. Kalau hanya sekadar lintasan hati, maka tidaklah diambil kira sebagai nazar. Nazar itu perlu dengan lafaz. Inilah pandangan yang dipilih oleh Mazhab Syafie tentang perkara ini. Jadi kalau kita nak tengok, ada pandangan yang mengatakan bahawa lintasan hati termasuk dalam nazar, tapi kita memilih pandangan nazar diambil kira dan wajib ditunaikan sekiranya dilafazkan dengan lisan. Kalau sekadar lintasan hati, maka dia tak dikira sebagai nazar.                                                                                        

Pagi di Sinar– Terima kasih Imam.

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply