#HHKongsi: Al-Quran peneman setia Ramadan Al- Mubarak…

Assalamualaikum #FamilySK!

Alhamdulillah dengan izin dah rahmat Allah kita masih dapat meneruskan ibadah berpuasa di bulan Allah yang penuh Mulia, iaitu bulan Ramadan

Pada entri kali ini, HH suka nak kongsi dengan anda tentang bagaimana kita boleh menjadikan al-Quran sebagai teman dengan sentiasa membacanya di bulan Ramadan, serta menghayati isi terkandung dalam kitab suci yang juga mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Allah SWT menghadirkan kisah Ramadan selepas mengisahkan mengenai perjuangan Nabi Muhammad SAW menghadapi kerenah cucu-cicit Bani Israel daripada zaman Nabi Musa.

Al-Quran yang diturunkan ketika Ramadan mengajak kita membaca, memahami serta menghayati ajaran serta perintah di dalamnya supaya kita mengetahui seterusnya mencari tuhan yang menurunkan al-Quran.

Hikmah diturunkan al-Quran juga perlu dikaji melalui pembacaan kerana semua sudah diceritakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingin mengetahui dan mendapat manfaat daripada ilmu daripada al-Quran.

Jom jadikan Al-Quran sahabat dengan bertadarus bagi mencapai ketakwaan kerana puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi juga istiqamah dalam melakukan amalan-amalan yang baik sepanjang bulan Ramadan.

Keistimewaan diberi Allah SWT kepada hamba-Nya tidak sepatutnya dipersiakan dan doa orang yang berpuasa juga mustajab pada bulan barakah ini. Oleh itu, jadikan Al-Quran sebagai peneman setia anda dengan membaca dan mengamati maksudnya di bulan Ramadan Al-Mubarak.

Kredit kepada: Berita Harian

Psssssssss….#FamilySK , HH nak bagitau anda yang promosi Road to Ramadan SK akan berakhir pada hari ini! Cepat dapatkan diskaun istimewa di butik-butik SK berhampiran anda atau di www.sitikhadijah.com.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply