#HHKongsi: Jom kejar SK On-The-Go !

Assalamualaikum #FamilySK !

Buat julung kalinya, SK akan memperkenalkan sebuah projek lori bergerak SK, iaitu SK On-The-Go. Team SK akan menjelajah ke 100 lokasi bermula di sekitar Lembah Klang dan Selangor, seterusnya ke utara, pantai barat dan pantai timur.

SK On-The-Go dijalankan sebagai satu inisiatif yang lain dari yang lain bersempena ulang tahun SK ke-10. Antara objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada para pelanggan SK yang belum pernah mencuba dan merasai produk SK.

SK On-The-Go akan mula beroperasi hari ini di sekitar Lembah Klang dan akan menjelajah ke lokasi-lokasi lain selama 4 bulan. Aktiviti-aktiviti promosi akan dilakukan di setiap lokasi terpilih (terhad kepada 20 pelanggan terawal sahaja) Pelbagai hadiah menarik akan diberikan seperti mouse pad, eco note pad, pouch bag dan sampul raya kepada pelanggan yang terawal.

Selain itu, diskaun 10% dan baucar pembelian SK juga akan diberikan kepada pelanggan SK  di semua lokasi lori bergerak SK On-The-Go.

Layari laman sosial Siti Khadijah untuk mengetahui info lanjut/update tentang ke mana lokasi lori bergerak SK sepanjang 4 bulan ini.

Apa tunggu lagi #FamilySK ? Jom kita kejar lori bergerak SK On-The-Go sekarang!  

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply