#HHKongsi: Ramadan bulan untuk melipatgandakan amal ibadat

Assalamualaikum & Salam Ramadan #FamilySK !

Bagaimana dengan puasa anda hari ini? OK ke KO? πŸ™‚

Untuk entri kali ini, HH nak kongsikan lagi tentang keistimewaan bulan Ramadan kepada anda semua. Sememangnya Ramadan adalah bulan ibadah buat kita.

Di samping berpuasa selama 30 hari, umat Islam juga disarankan untuk melipatgandakan amal ibadah dan meninggalkan perbuatan yang akan hanya merosakkan pahala berpuasa.

Bukan itu je, HH suka nak kongsikan kepada semua #FamilySK yang bulan Ramadan juga bukan bulan untuk kita MEMBAZIR ya. Nak nak lagi bila anda membeli juadah berbuka puasa tu. jangan terlalu mengikut hawa nafsu untuk berbelanja mewah.

Ingat, pembaziran itu adalah amalan syaitan… πŸ™‚

Jadi, di bulan Ramadan ini ayuh kita sama ada amalan-amalan fardu ataupun sunah. Maka, amat beruntunglah bagi orang yang merebut ganjaran sepertimana yang telah dijanjikan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam akan dilipatgandakan dengan 10 kebaikan hingga 700 kali ganda.”

Allah juga akan membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka mengutamakan keutamaan tersebut, di antaranya, Allah . β€œArtinya Allah memberikan kemudahan berbuat baik,” ujarnya.

Rasulullah SAW bersabda bahawa seseorang yang berpuasa satu kali kerana Allah di luar bulan Ramadan wajahnya akan dijauhkan 70 perjalanan dari neraka.

Pun begitu, bagi seseorang yang melaksanakan puasa di bulan Ramadan kerana Allah, akan dijauhkan dari api neraka lebih jauh berbanding mereka yang menunaikan puasa sunat di bulan lain. Itu yang membuatkan Ramadan Al-Mubarak suatu bulan yang sangat istimewa.

Antara keistimewaan lain di bulan Ramadan adalah adanya malam Lailatul Qadr. Ianya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Lailatul Qadr turun pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.

Konklusinya, di bulan Ramadan ini penting untuk kita lipatgandakan setiap amal yang kita lakukan, selain daripada berpuasa di siang hari Moga Allah redha dan terima segala amalan kita di dunia ini. InsyaAllah~~

p/s: Ssssshhhhh, Promosi Road to Ramadan Siti Khadijah masih berlangsung sehingga 15 Mei 2019 tau! Layari www.sitikhadijah.com atau singgah ke mana-mana butik SK berhampiran dan dapatkan produk SK kegemaran anda sebagai kelengkapan ibadah Tarawih tahun ini. πŸ™‚

Kredit kepada: Hasmipeduli.org

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply