#HHKongsi: Turunnya Al-Quran di bulan Ramadan Al-Mubarak………

Assalamualaikum #FamilySK !

Apa khabar semua? Alhamdulillah, HH rasa sangat bersyukur kerana dengan izin Allah kita dapat lagi dengan bulan yang didambakan oleh setiap umat Islam, iaitu bulan Ramadan. Jadi rasanya tidak terlambat lagi untuk HH ucapkan selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan al-Mubarak buat semua #FamilySK !

Pada entri kali ini, HH terpanggil untuk berkokongsikan tentang salah satu mukjizat Rasulullah, iaitu Al-Quran Al-Karim. Jom. Moga-moga kita dapat manfaat bersama ya dengan perkongsian HH ni. 🙂

Ramadan disebut sebagai Syahrul Quran iaitu bulan al-Quran. Sejak zaman Rasulullah hinggalah ke zaman sahabat, dan para tabi’in dan tabi’ taabi’in, mereka telah menghidupkan Ramadan dengan al-Quran.

Ramadan juga satu-satunya bulan disebut oleh Allah sebagai bulan al-Quran kerana di dalam Ramadan, 30 juzuk al-Quran dibawa dari Luh Mahfuz turun ke langit pertama dunia.

Allah berfirman yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Al-Quran yang mempunyai 114 surah itu sudah berada di Luh Mahfuz sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan.

Allah memerintahkan malaikat Jibril membawa turun al-Quran dari Luh Mahfuz pada bulan Ramadan ke langit pertama dunia.

Kemudian Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah secara berperingkat.

Tahukah anda?

Ramadan telah diangkat sebagai penghulu segala bulan ketika Allah menurunkan AL-Quran kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan tersebut.

Begitu juga dalam Ramadan ada Lailatulqadar. Malam penuh keberkatan itu dipilih Allah sebagai malam dibawa turun al-Quran lalu menjadikannya malam terbaik daripada malam lain kerana al-Quran.

Kemuliaan Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad menjadikan kita terpilih sebagai umat terbaik yang pernah diutuskan Allah kerana kemuliaan al-Quran.

Orang yang hidup dengan al-Quran, Allah akan sentiasa memuliakannya di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar sehingga seseorang itu dihimpunkan di dalam syurga kelak.

Jadi, HH nak pesan ni, jangan tunggu lama-lama sangat untuk memuliakan Al-Quran. lagi-lagi di bulan Ramadan ni kan, insyaAllah Allah akan melipatgandakan siapa yang membaca Al-Quran di bulan Ramadan.

Sama-samalah kita amalkannya ya! 🙂

Kredit kepada: Metro Online

p/s: Ssssshhhhh, Promosi Road to Ramadan Siti Khadijah masih berlangsung sehingga 15 Mei 2019 tau! Layari www.sitikhadijah.com atau singgah ke mana-mana butik SK berhampiran dan dapatkan produk SK kegemaran anda sebagai kelengkapan ibadah Tarawih tahun ini. 🙂


SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply