Pusat Pungutan Zakat MAIWP bekerjasama dengan Siti Khadijah untuk Kempen Dirikan Solat & Tunaikan Zakat

Kuala Lumpur, 26 April 2019 – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengasas Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd., Puan Hajjah Padzilah Enda Sulaiman.



Mendirikan solat dan menunaikan zakat merupakan rukun Islam. Melihat kepada pentingnya kedua-dua ibadah ini, PPZ-MAIWP dan Siti Khadijah Holding Sdn Bhd telah mengambil inIsiatif untuk mengadakan kerjasama strategik menganjurkan kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat. Kempen ini akan berlangsung selama 3 bulan, bermula 1 Mei 2019 sehingga 31 Julai 2019.

Kempen ini merupakan satu medium untuk meningkatkan pemahaman serta kesedaran tentang kewajipan mendirikan solat serta menunaikan zakat dalam kalangan masyarakat umum. Di samping itu, kempen ini turut memfokuskan kepada peserta-peserta umrah dan haji yang menggunakan pakej menerusi agensi-agensi pelancongan di Wilayah Persekutuan serta tidak ketinggalan para pengguna telekung Siti Khadijah.

Pelbagai pengisian telah disusun sepanjang kempen ini berlangsung termasuklah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Siti Khadijah Holding Sdn Bhd dengan menyantuni golongan asnaf di bulan Ramadan.

PPZ-MAIWP sentiasa menyambut baik sebarang bentuk kerjasama dari syarikat-syarikat korporat dan organisasi lain dalam usaha untuk meningkatkan syiar Islam khususnya menyebarluaskan dakwah zakat dalam kalangan umat Islam.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply