Program Turun Padang Santuni Kakitangan Asnaf Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd dengan kerjasama PPZ-MAIWP

Alhamdulillah, pada hari Sabtu lepas, Program Turun Padang Santuni Kakitangan Asnaf Siti Khadijah Holding Sdn Bhd Bersama PPZ-MAIWP, telah berlangsung di Surau Siti Khadijah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tn. Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, di atas keprihatinan beliau dan pihak PPZ MAIWP bagi merealisasikan program seumpama ini.

Dengan izinNya, pada bulan yang mulia ini, pihak SK dan PPZ MaiWP bersama-sama berpeluang untuk meraikan dan melaksanakan penyerahan sumbangan barangan keperluan kepada para kakikatangan SK yang layak menerima sumbangan.

Program yang berlangsung ini merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan Kempen Dirikan Solat & Tunaikan Zakat Tahun 2019, yang mana ianya merupakan tahun ke-2 kerjasama antara pihak PPZ MAIWP bersama pihak Siti Khadijah Holding Sdn Bhd.

Tuan Haji Aminuddin bin Nasir, berucap di Program Turun Padang Santuni kakitangan Asnaf Siti Khadijah~

“Syukur ke hadrat Ilahi, hasil kerjasama yang utuh serta usaha yang berterusan antara kedua-dua pihak, pelbagai objektif bermanfaat yang telah dicapai. Antaranya menyantuni asnaf di wilayah melalui kempen khas Ramadan, selain meningkatkan kebolehpercayaan umum terhadap institusi zakat. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berbahagia, Tn. Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, pihak PPZ-MAIWP khususnya, serta pihak Siti Khadijah sendiri, yang bertungkus lumus merancang dan melaksanakan program pada hari ini”. – Tuan Haji Aminuddin Bin Nasir, Pengerusi Eksekutif Siti Khadijah

Diharapnya, segala kerjasama dan usaha murni yang dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ini, diberkati oleh Allah s.w.t, dan akan memberi impak besar terhadap perkembangan ekonomi umat Islam dan ekonomi negara khususnya, insyaAllah~ 🙂


SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply