Apakah hukum melihat seseorang lelaki yang berperwatakan wanita dan berpakaian seksi? – KTUJ EPISOD 45 –


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullah

Pagi di Sinar– Ni ada soalan soalan daripada Encik Ahmad Muzammil Kamal Bin Mohd Zaidi, soalan dia macam gini mam. Apakah hukum kita melihat seseorang lelaki yang berperwatakan wanita dan berpakaian seksi? Apakah kita boleh melihat mereka dan berjabat tangan dengan mereka?         

Imam Muda Asyraf– Hukum lelaki dengan lelaki dibenarkan. Apakah hukum bagi lelaki yang menyerupai wanita? Lelaki yang menyerupai wanita hukumnya tertakluk kepada lelaki pada asalnya. Walaupun dia pakai pakaian wanita, walaupun dia ada buat suntikan-suntikan tertentu, berperwatakan wanita, hukum tetap kembali kepada lelaki. Sebagai contoh, jika dia meninggal dunia, disempurnakan jenazahnya oleh orang lelaki. Cuma nya ada beberapa fatwa ulama berkenaan laki-laki ‘abrod’ atau laki-laki ‘jambu’. Ada sebab-sebab tertentu sebagai contoh di Pakistan  banyak cerita-cerita macam ni lah.ulama2 keluarkan fatwa tentang kebimbangan mereka kepada lelaki ‘Abrod’. Maksudnya, orang lelaki tengok ada selera. Jadi sebahagian ulama’ yang mana melarang antaranya tidur bersama. Ada ulama’ melarangnya tidur bersama, duduk satu selimut bersama dan sekiranya kita peluk, pegang, salam itu ada unsur-unsur syahwat, maka diharamkan walaupun dia lelaki. Tetapi kalau kita salam dan tidak timbulkan fitnah dan salam biasa, hukumnya harus. Sebab dia adalah lelaki Tapi kalau kita tengok dia pun macam semacam je, kita pun peluk bukan main, itu tidak dibenarkan.

Pagi di Sinar–  Terima kasih Imam.


Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply