Cara pengurusan jenazah janin yang berusia 6 bulan? – KTUJ EPISOD 46 –


Segmen ‘Kawan Tanya Ustaz Jawab” di Sinar FM ini dibawakan khas oleh Telekung Siti Khadijah, Lambang Cinta Abadi.

Pagi di Sinar– Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf–  Waalaikummussalam warahmatullahiwabarakatuh

Pagi di Sinar–  Soalan daripada Adib bin Alimo. Dia ada kemusykilan. Satu janin berusia 6 bulan dan dah bersifat meninggal di dalam kandungan ibunya? Bagaimanakah urusan jenazahnya? Seperti biasa atau tidak?

Imam Muda Asyraf– Ianya berlaku perbezaan pandangan, tapi saya ambil dari sudut pandangan mazhab shafie lah. Biasanya janin ini orang tak kira 6 bulan dan sebagainya. Orang ambil kira 4 bulan ke atas. Sebab setelah 4 bulan dimasukkan roh. Jadi sebelum daripada 4 bulan, ada perbahasan hukumnya. Kalau tak nampak apa-apa, maka sebelum 4 bulan ini, tak perlu kita solat, tak perlu kita kafan dan mandikan. Yang perlu kita bersihkan secara biasa dan kita letak di tempat yang terhormat iaitu dalam 6 proses pengebumian yang biasa lah. Cuma dalam lepas 4 bulan, di tengok pada pergerakan. Adakah ada unsur-unsur hayat/kehidupan atau pun tidak. Sekiranya ada unsur kehidupan, diminta untuk kita ini, yang pertama kita mandikan. Kemudian kita kafankan, kemudian solatkan dan kebumikan. Bagi anak yang gugur 6 bulan, ini special.. Sebagai contoh dalam mazhab syafie’ mengatakan bahawa 6 bulan sama ada ada tanda-tanda kehidupan ataupun tidak ada tanda-tanda kehidupan, tapi kalau 6 bulan, maka dia diuruskan jenazah seperti jenazah dewasa biasa, iaitu dimandikan, disolatkan, dikafankan dan dikebumikan dalam mazhab syafie.             

Pagi di Sinar– Terima kasih Imam..

Imam Muda Asyraf–  Sama-sama..

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

3 Comments

  1. Alyyn

    Assalamualaikum , ustaz . maaf saya nak tanya apa hukum kita bunuh kucing yang sedang nazak ? kucing saya sakit , dah kami satu family tak sanggup tengok kucing tu terseksa kesakitan .

  2. pn.A

    asalammualaikum ustaz,saya nak tanya.misal kata la saya berhutang dgn ahli keluarga sendiri,tp saya x mampu nak bayar balik,tp saya bt wasiat, andainya saya meninggal dunia, saya wasiatkan semua barang kemas saya sebayak hutang tersebut,ada kah hutang2 saya dikira langsai.
    t.kaseh imam.

    • Hasif Hilmi

      Wasalam Puan,

      Sebaiknya puan lunaskan hutang sebelum meninggal dunia. Lebih baik kita sendiri yang uruskan hutang tersebut, kerana kita tidak tahu adakah orang lain yang akan uruskan segala hutang kita. Harap membantu ya. Terima kasih.

Leave a Reply