Terima kasih #FamilySK !

KENYATAAN RASMI

Terima kasih #FamilySK !

SIARAN SERTA-MERTA

8 April 2019

BANGI, SELANGOR

Jualan Mega #SKDahSedekad telah berlangsung pada hari Sabtu,  6 April 2019 di Putrajaya Marriott Hotel. Team SK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua #FamilySK yang telah hadir dan memberi sokongan penuh kepada Siti Khadijah.

Di samping kejayaan Jualan Mega #SKDahSedekad, Team SK ambil maklum tentang beberapa kesulitan yang dihadapi oleh #FamilySK sepanjang jualan mega ini berlangsung.

Dengan penuh rasa rendah hati, Team SK ingin memohon maaf atas segala kekurangan yang telah berlaku.

Sehubungan itu, Team SK sedang bertungkus-lumus menyelesaikan segala kesulitan yang disuarakan oleh para pelanggan setia SK. Bagi #FamilySK yang telah hadir di Jualan Mega #SKDahSedekad dan tidak sempat untuk membeli produk SK kegemaran anda, anda boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui aplikasi whatsapp di nombor 019-3654568/019-3030467 dan ikuti arahan yang telah diberikan oleh Team SK semasa di jualan mega itu.   

Terima kasih yang tidak terhingga sokongan serta kesetiaan #FamilySK.  Team SK akan cuba penuhi permintaan anda dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply