Tudung & Telekung menjadi tumpuan di Kunming, China

Pada 27 Januari 2019, seramai 12 orang mahasiswa dan mahasiswi Sekretariat Rakan Muda USIM diiringi oleh seorang pengawai pengiring telah menjalankan program GISO di Kunming, China selama 9 hari bermula 19 Januari dan berakhir pada 27 Januari 2019.

Pada GISO kali ini, para peserta telah menjalankan misi ’Jelajah Masjid’ yang mana ianya telah membawa satu matlamat untuk memberi sumbangan telekung dan sejadah untuk solat, makanan tradisi ’Dodol’ serta makanan sunnah ’kismis dan kurma. Barang yang disumbangkan telah menjadi perhatian lebih-lebih lagi telekung. Ini kerana, setiap masjid yang kami jelajah telekung solat dan sejadah adalah barang wajib kami sumbang di setiap masjid.

Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah mengajar Bahasa Melayu kepada komuniti Cina di sekitar Shuncheng, dan kami berpeluang mempelajari Bahasa Mandarin yang telah diajar oleh Pengetua Kunming College of Eastern Language dan diterjemahkan oleh Ustaz Azhar, perkongsian ilmu bersama Imam Masjid Nancheng.

Tudung dan telekung semestinya menjadi tumpuan seluruh masyarakat Cina yang beragama Islam mahupun bukan Islam, para peserta tersentuh hati kerana ketika perjalanan menuju ke tempat komuniti Islam, kami telah disapa oleh seorang masyarakat bukan islam dengan persoalan, ‘Apakah yang kamu pakai ujarnya. Soalan itu telah membuka mata kami untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang cara pemakaian wanita islam di Malaysia. Perkara itu telah diterima positif oleh masyarakat bukan Muslim disana telah memberikan kesan yang sangat bermakna kepada seluruh peserta GISO kali ini.

Dapatkan koleksi telekung Siti Khadijah terbaru, H TPO Renda di butik/online Siti Khadijah sekarang! 🙂

”Apa yang menjadi perhatian kami adalah di Masjid Shun Cheng yang mana telekung yang disumbangkan adalah satu penerimaan yang baru oleh mereka kerana mereka tidak pernah solat dengan menggunakan telekung dan hanya menggunakan tudung. Telekung menjadi kejutan apabila kami membuat demokrasi pemakaian untuk mereka dan kelihatan mereka sangat teruja sehinggakan mereka keluar  berjalan sekitar masjid untuk menunjukkan telekung yang dipakai. Alhamdulillah, semua peserta berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi pengetahuan yang baru kepada masyarakat muslim disana”, kata Aisya Syahida 21.

C PKSE RW Melati juga koleksi terbaru Siti Khadijah yang mesti anda dapatkan sekarang! 🙂

“Pengembaraan selama 9 hari cukup memberi kepuasan dan keinsafan buat diri malah memberi ilmu baru. Allah juga menggalakkan kita pergi ‘melihat’ negara luar, supaya kita sentiasa bersyukur dan mengambil pengajaran. Rugilah jika kita diberi peluang dan ruang oleh pihak USIM melakukan aktiviti luar, tapi kita hanya sekadar pergi bersama jasad , bukan bersama hati. Belum puas rasanya menghirup udara segar di sana”, kata Aminah Sulaiman 22.

Kredit kepada: USIM

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply