Wajibkah anak membuat upah haji kepada arwah ibu-bapanya yang telah meninggal dunia?-KTUJ Episod 50-


Pagi di Sinar- Assalamualaikum Imam..

Imam Muda Asyraf- Waalaikumsalam warahmatullah.

Pagi di Sinar- Ni ada soalan daripada Khairul Abidin. Soalannya, apa hukum jika bacaan zikir selepas solat dibaca sambil melakukan pekerjaan lain dengan niat ingin menjimatkan masa?

Imam Muda Asyraf- Ok orang pasti akan kelam-kabut nak bangun, tambah-tambah kalau kita dekat surau yang kecil. Tambah-tambah kita dalam keadaan waktu yang sempit. Kelam-kabut orang nak masuk solat. Yang afdhalnya kita bangun kita bagi orang solat. Itu saya tengok kadang-kadang kita kat surau, surau kita sempit. Orang nak sembahyang, dia duk wirid panjang-panjang. Tidak digalakkan. Dia perlu bangun, bagi orang solat. Itu lebih afdhal. Tapi waktu berdiri tu boleh untuk dia berwirid. Kalau dia sembahyang di masjid yang luas, waktu pun banyak, disunatkan untuk dia duduk sebab ada bab tentang duduk tanpa bergerak selepas solat. Maksudnya, lepas solat duduk sekejap, ambil masa dengan Tuhan, muhasabah diri , dosa-dosa dengan istghfar. Tapi kalaulah dekat masjid yang luas, dia nak bangun sebab dia ada kerja, dia kelam kabut, dia nak masuk pukul berapa dah terlewat tiada masalah. Sambil berjalan itu, boleh berwirid dan berzikir. Sama macam doa, doa dalam naik kenderaan pun boleh, waktu naik kenderaan baca doa boleh, sambil lari pun boleh sebab dia tidak ada penetapan khusus kena duduk bagaimana.

Pagi di Sinar- Imam, boleh beritahu untuk bezakan wirid dengan zikir?

Imam Muda Asyraf- Wirid ni suatu benda yang diulang-ulang, sama je macam dzikir, tahlil sebahagian darpada zikir. Tasbih sebahagian daripada zikir. Takbir juga sebahagian daripada zikir. Zikir ini maksudnya sesuatu yang mengingatkan. Wirid itu pula sesuatu yang diulang/berulang. Wirid pun termasuk dalam zikir. Selawat pun sebahagian daripada wirid. Tapi bila sebut je selawat, orang akan faham, ianya merujuk kepada Nabi, sebab ia ada kaitan dengan Nabi. Bila sebut tahlil, orang faham lailahaillallah, bila sebut takbir, Allahuakbar, tasbih Subhanallah. Tapi semuanya tergolong dalam kalangan zikir.

Pagi di Sinar– Okay terima kasih Imam.

Kredit kepada: Sinar

SHARE OR SAVE THIS POST FOR LATER USAGE

Leave a Reply